BN sedia kenal pasti individu berbakat sebagai calon PRU14 – Najib

wpid-najib-meayuarat-dewan-tertinggi-bn.jpg

Barisan Nasional (BN) sedang mengenalpasti individu berbakat yang berpotensi menjadi calonnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga pengerusi BN berkata ini adalah antara persediaan awal parti untuk menghadapi PRU14.

“Kita akan sedia calon lebih awal lagi. Kita perlu, pada peringkat awal ini, kenal pasti bakat dulu sebelum kita tentukan calon.

“Keduanya, kita belum tentukan pembahagian kerusi lagi,” kata beliau kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Dalam itu, Najib berkata, langkah-langkah juga akan diambil untuk memastikan kerjasama antara parti komponen BN terus diperkukuh melalui program-program bersama dan persefahaman pihak kepimpinan atasan.

“Kalau pihak atasan ada kepimpinan positif, saya percaya anak buah lebih senang nak ikut,” kata beliau.

Najib berkata, setiap parti komponen juga perlu melihat soal dalaman parti dan memperkukuh jentera masing-masing selain perlu menunjukkan tahap komitmen tinggi dalam memastikan kelangsungan kuasa BN.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk menjadikan kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini sebagai panduan dalam membuat persediaan lebih rapi untuk menghadapi cabaran pada masa depan,” katanya.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak, perdana menteri berkata BN akan membuat persiapan sewajarnya dalam menghadapi pilihan raya itu.

Sementara itu, Najib berkata, BN juga akan mempertingkat usaha penerangan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam Bajet 2015, yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ini termasuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan serta konsep ekonomi rakyat yang dukungannya yang memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi rakyat berbanding ekonomi kapitalis. “Ini perlu diperjelas kepada rakyat supaya tujuan baik kerajaan dapat diterima dengan positif,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...