Pengguna internet mengalami kelajuan akses perlahan disebabkan oleh masalah kabel dasar laut Asia Tenggara-Tengah Eropah Timur-Barat (SMW4) yang menyediakan pautan data antarabangsa ke Eropah. Telekom Malaysia memaklumkan ianya melibatkan semua rangkaian Unifi dan Streamyx kepada pengguna yang mengakses laman web dan pelayan yang berpangkalan di Eropah.
Langkah-langkah telah diambil untuk mengalihkan trafik melalui rangkaian antarabangsa yang lain, yang akan mengalami sambungan internet perlahan. Perkara ini dimaklumkan oleh TM pada 20 November, walaubagaimanapun ia hanya disedari oleh kebanyakan pengguna pada minggu ini. Tidak ada maklumat lanjut berkaitan masalah tersebut dikeluarkan, dan tidak dapat dipastikan berapa lama masa yang diambil bagi memperbaiki kerosakan tersebut.
@nurauni_azhar Terdapat kerosakan link ke Eropah.Pelanggan mungkin mengalami gangguan & kerja baik pulih sedang dilakukan.
— help me unifi (@helpmeunifi) November 25, 2014
Dua bulan yang lalu kabel dasar laut Asia-America Gateway (AAG) yang menghubungkan Asia Tenggara ke Amerika terputus menyebabkan gangguan kepada kelajuan internet di seluruh rantau ini. Kerosakan hanya dipulihkan sepenuhnya pada bulan Oktober.
[Sumber: TMnet]