Panglima Tentera Laut Di Raja Malaysia, mengesahkan salah satu mayat ditemui oleh Kapal KD Lekir Milik Malaysia, di sektor satu.
Mayat berkenaan sudah diambil dan akan diserah kepada kapal perang Republik Indonesia di Banda Aceh.
Sementara itu, Agensi Mencari Dan Menyelamat Nasional, Basarnas, menemui tiga lagi mayat dipercayai penumpang dan kru pesawat QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu.
Salah satu mayat memakai baju pramugari.