Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang disebarkan di media sosial sehingga menjadi viral yang menyatakan sesi persekolahan bagi tahun 2015 ditangguh selama satu bulan kerana masalah banjir.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, sesi persekolahan akan bermula seperti yang ditetapkan sebelum ini iaitu 11 Januari bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala negeri-negeri lain bermula 12 Januari.