JOHOR BAHRU: Dua beradik yang hilang selepas keluar rumah untuk membeli minuman berhampiran rumah mereka di Jalan Pinang 52, Taman Daya dekat sini, malam kelmarin ditemui selamat pagi tadi.
Ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, berkata pada awal pagi tadi, pihaknya menerima panggilan daripada polis memaklumkan mengenai penemuan Mohd Iman Zafri Othman, 11, dan Nur Alyshah Zafiera, 9.
Bagaimanapun, beliau berkata ahli keluarga masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan dua beradik itu kerana dimaklumkan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.