Polis meminta orang ramai tidak mensensasikan berita dua beradik berusia 8 dan 11 tahun yang dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata, kedua-dua kanak-kanak itu sudah ditemui bersama-sama dngan bapa kandung mereka dalam keadaan selamat jam 11.30 malam tadi.
Penemuan itu dalam tempoh 24 jam selepas satu laporan rasmi dibuat di balai polis Setia Indah Johor Bahru Selatan.
Katanya, kes telah diklasifikasikan ‘orang hilang’ dan diberi keutamaan dengan satu pasukan khas diketuai beliau.
Polis menjalankan siasatan rapi dan teliti di dalam kes ini serta usaha mencari telah dilancarkan sebaik sahaja repot rasmi polis diterima.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu sudah ditemui selama berama bapa kandung.
Berita kehilangan dua beradik itu juga mnjadi viral di media sosial.