JEDDAH: Padah menghina Islam, seorang penulis blog Arab Saudi diperintah menjalani hukuman sebat 50 kali di hadapan orang ramai di sini.
MailOnline melaporkan, Raif Badawi dikenakan hukuman itu kerana menghina Islam menerusi forum yang dikendalikannya menerusi media sosial.
Pemuda itu adalah pengasas bersama laman web Free Saudi Liberals ditangkap pada 2012 dan dikenakan hukuman sebat 1,000 kali, selain dipenjara 10 tahun kerana menghina Islam.
Dia juga dikenakan denda sebanyak 1 juta riyal (RM948,430 juta) kerana kesalahan tersebut.
Badawi dilihat hanya berdiam diri ketika disebat pada punggung di pekarangan sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pertubuhan hak asasi Amnesty International (AI) menyatakan, Badawi menjalani hukuman itu yang berlangsung kira-kira 15 minit.
Baki hukuman sebat terhadapnya akan dilaksanakan dalam tempoh 50 minggu, kata pertubuhan itu.