Serpihan Jatuh Di Laluan LRT Kelana Jaya, Penumpang Dinasihat Cari Pengangkutan Alternatif

Serpihan Jatuh Di Laluan LRT Kelana Jaya, Penumpang Dinasihat Cari Pengangkutan Alternatif

lrt-kayu-atas-landasan

Serpihan kayu yang jatuh telah menyebabkan kerosakan terhadap landasan LRT Kelana Jaya dan penumpang dinasihatkan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin oleh Prasarana Malaysia Berhad, serpihan dari tapak pembinaan berhampiran Stesen Kerinchi jatuh betul-betul di atas landasan pada pukul 2.30 petang, merosakkan trek dan sistem isyarat.

Pembaikan sedang dijalankan dan dijangka akan berterusan sehingga pukul 9 malam Isnin.

Perkhidmatan ke stesen Kerinchi telah dihentikan buat masa ini dan kereta api beroperasi di laluan alternatif.

“Kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.

“Dalam pada itu, pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah pengangkutan awam alternatif. Rapid KL meminta maaf atas kesulitan yang dialami,” kata kenyataan itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

LRT Tergelincir dekat Chan Sow Lin – Ramai rakyat mula risau gila, kerajaan kena jelaskan sekarang juga!

🎦 Lelaki lompat, baring atas landasan sebelum digilis tren LRT

Terkini:

Mengenai kami