Laluan Bentong-Raub di Jambatan Sungai Bentong yang ditutup sejak 11 Jan akibat mendapan, dibuka semula kepada pengguna jalan raya, pagi tadi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan itu dibuka semula pada 11 pagi tadi selepas kerja pembaikan menggunakan kaedah menaman cerucuk keping dan pembinaan semula ‘approach slab’ selesai.
“Laluan itu kini disahkan selamat dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penutupan jambatan itu sebelum ini dibuat berikutan mendapan serius pada penampan jambatan disebabkan arus deras Sungai Bentong yang menghakis tebing sungai.