BEIJING: Ekonomi China tidak mencapai sasaran unjuran 7.5 peratus pada 2014, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Nasional (NBS), hari ini.
Biro itu menyebut ekonomi perlahan kepada kepada 7.4 peratus tahun ke tahun kepada 63.64 trilion yuan, paras terendah sejak 1998.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku pertama, kedua, ketiga dan keempat masing-masing meningkat 7.4 peratus, 7.5 peratus, 7.3 peratus dan 7.3 peratus tahun ke tahun.
Pakar ekonomi secara menyeluruhnya mengunjurkan ekonomi kedua terbesar dunia itu tidak mencapai sasaran pertumbuhan tahunan 7.5 peratus yang ditetapkan kerajaan pada 2014 ekoran masalah seperti sektor hartanah yang lembap, lebihan kapasiti yang berterusan dan deflasi dalam negara.
Ekonomi China berkembang 7.7 peratus pada 2013 dan 2012