Petang tadi jalan-jalan sekitar kebun dan ternampak pokok bayam pasir. Cabut dan bawa balik secekak nak rebus bersama cendawan untuk makan malam nanti. Pokok bayam pasir tumbuh liar dan membiak melalui angin atau dari najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu. Ianya tumbuh subur ditanah lembut berpasir.
Teringat zaman kanak-kanak dahulu kami selalu makan rebus bayam pasir dan tidak pernah saya lihat emak menumis bayam. Sekarang baru saya tau khasiat bayam akan hilang bila bercampur minyak tumisan.
Disesetengah negara bayam pasir ditanam secara komersial kerana mendapat permintaan tinggi. Di negara kita bayam pasir bukan merupakan tanaman komersial, terdapat segelintir peniaga dipasar menjual hasil dari kutipan tanaman yan tumbuh liar.
NAMA HERBA:
Bayam Pasir
NAMA SAINTIFIK :
Amaranthus Viridis L./Alternanthera sessilis
BOTANI :
Tumbuh tegak dan batang tegap. Daun lebar berbentuk bujur, urat-urat daun kasar dan jelas kelihatan di permukaan bawah. Menyerupai bayam biasa tetapi daunnya lebih kasar dan batang lebih gemuk. Biasanya tumbuh liar tetapi boleh ditanam dengan biji.
NUTRIENT:
Seluruh bahagian rubuhan kaya dengan Zat Besi, Vitamin B dan C. Mengandungi Gula, Resin dan Tanin.
Kandungan Sponin yang bercampur sedikit Toksid boleh membunuh cacing dalan perut Manusia dan Haiwan.
Untuk masakan seboleh-bolehnya elak masak tumis minyak kerana bila bercampur minyak akan mengurangkan kandungan nutrient.
KEGUNAAN:
Seluruh bahagian pokok boleh direbus dan diminum. Dapat membunuh cacing dalam perut dan usus, meredakan bengkak, melawaskan buang air kecil, merangsangkan penghasilan susu ibu, merawat masalah hati dan menghentikan cirit-birit. Bunga dan akar boleh dibancuh seperti teh lalu diminum sebagai tonik perut dan berfungsi untuk menghentikan cirit-birit.
Akar dan bunga dibancuh dan diminum seperti minum teh sebagai tonik untuk perut dan menghentikan cirit-birit yang bercampur darah.
PENANAMAN:
Baiasanya tumbuh liar dan boleh ditanam menggunakan biji. Biji akan bercambah dalam masa 3-5 hari dan akan menfeluarkan bunga seawal 4 minggu. Batang dan daun cepat menjadi keras dan bayam pasir yang sudah berbunga tidak sesuai dijadikan sayur.
Sekiranya menanam bayam pasir elakkan membaja berlebihn kerana kandungan nitojen dalam tanah dari baja yang berlebihan akan menyebabkan nitrat didalam bayam pasir akan mencapai tahap toksid.