Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dibenarkan keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), sebentar tadi.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu dibenarkan keluar pada jam 8.45 malam tadi, selepas menerima rawatan selama 25 hari di hospital berkenaan.
Nik Aziz yang menghidap penyakit kanser prostat tahap empat, mula dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM sejak 19 Januari lalu, berikutan kesihatannya semakin merosot.