Ringgit pulih dan dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dipacu minat belian baharu selepas turun sejak tiga hari lalu.
Pada jam 9.07 pagi, ringgit diniagakan pada 3.5935/5965 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 3.6030/6060.
Ringgit bagaimanapun rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.
Berbanding dolar Singapura, ia menyusut kepada 2.6475/6507 daripada 2.6462/6487 semalam dan susut kepada 3.0195/0223 daripada 3.0113/0140 berbanding yen semalam.
Ringgit juga rendah berbanding pound pada 5.5290/5350 daripada 5.4892/4952 semalam dan berbanding euro ia susut kepada 4.0948/0986 daripada 4.0793/0831 semalam.