CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan penyiasatan terhadap portal berita The Malaysian Insider untuk menentukan kesahihan foto yang kononnya diambil sewaktu Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.
“Sebarang tindakan yang akan diambil berkenaan dengan hal ini akan hanya dilakukan selepas penyiasatan dijalankan dan mengikut proses yang ditentukan,” menurut kenyataan SKMM di sini hari ini.