Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab soalan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkaitan dengan politik menghalalkan cara.
“…kita sudah 13 kali berpilihanraya..kalau kita melihat strategi dan taktikal, ia ada waktu-waktu musuh berada pada tahap yang paling lemah..maka waktu itu strategi dan taktikal untuk parti kita dan rakan-rakan tahaluf, sesiapa pun pada waktu itu adalah all out gerak kerja ke arah kemenangan dan persepsi yang mesti dihantar kepada masyarakat khususnya kepada pengundi adalah PAS all out untuk menang…saya setakat ini tidak nampak apa-apa yang dibuat oleh PAS untuk ‘lakukan apa sahaja asal menang’..
Aiman Athirah juga turut bertanya tentang konsep ‘tahaluf siasyi'(kerjasama politik).
“…kita sudah 13 kali menyertai pilihanraya. 8 kali kita bertahaluf dan 5 kali kita bersendirian. Dari sudut analisanya menunjukkan bahawa bila kita bertahaluf, berkerjasama politik dengan mana-mana rakan sekalipun, prestasi yang ditunjukkan PAS adalah baik…Soalan saya..ni jujur sungguh.. bottom of my heart..adakah mungkin parti kita memikirkan perlunya kita bertahaluf dengan UMNO..Sebab UMNO dah memang Islam, UMNO dah memang Melayu, mudah barangkali..adakah mungkin sampai satu masa nanti kita bertahaluf semula dengan UMNO…
Sila tonton rakaman video di bawah untuk mendengar jawapan Hadi :