Dua Polis Dirakam Tidur Semasa Bertugas Ditukar 24 Jam

Dua Polis Dirakam Tidur Semasa Bertugas Ditukar 24 Jam

polis-tidor-ketika-bertugas-mak-mandin
Gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan Balai Polis Komuniti Mak Madin tersebar di media sosial dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

GEORGE TOWN: Penyebaran gambar dua anggota polis yang sedang tidur semasa bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth menyebabkan kedua-duanya ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, beliau telah mengarahkan supaya pertukaran itu dibuat dalam tempoh 24 jam.

“Lembaga disiplin sedang menyiasat perkara ini. Dua anggota polis akan ditukarkan ke sana sementara kita menunggu tindakan seterusnya.

“Saya melihat perkara ini secara serius dan tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sejak Selasa, gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bila gambar tersebut diambil.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami