Penerbangan Tigerair dari Kuala Lumpur ke Singapura telah ditangguhkan pada Khamis selepas jari palsu dijumpai di atas kapal terbang.
Dilaporkan bahawa penerbangan itu ditangguhkan selama dua jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas pramugari yang membersihkan pesawat terjumpa apa yang kelihatan seperti jari yang telah terputus.
Polis yang dipanggil untuk menjalankan siasatan kemudian menentukan bahawa jari tersebut adalah jari palsu, dipercayai ditinggalkan oleh seorang penumpang dari penerbangan terdahulu.
Jurucakap Tigerair mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi The Straits Times Singapura.
“Penerbangan ini telah ditangguhkan kerana pihak berkuasa lapangan terbang menjalankan pemeriksaan apabila jari palsu ditemui di atas kapal semasa pemeriksaan rutin kabin transit,” kata jurucakap itu.
Penerbangan itu selamat tiba di Singapura pada pukul 8:28 malam Khamis, tambah jurucakap itu.