Pejabat Perdana Menteri Singapura malam ini menyatakan ia akan membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu mengenai kematian bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, menurut laporan Channel NewsAsia.
Ini berikutan penyebaran imej kenyataan Pejabat Perdana Menteri Singapura yang dipalsukan di media sosial, termasuk aplikasi WhatsApp malam ini.
Tiada maklumat baharu dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Singapura.
Pagi tadi, doktor menyatakan keadaan Kuan Yew semakin kritikal. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 5 Februari lalu.