Laporan Jerman mencadangkan pesawat tidak dibenarkan membuat penerbangan 24 jam sebelum berlepas dari Barcelona ke Dusseldorf. Pesawat itu telah mengalami isu-isu teknikal, termasuk masalah gear pendaratan.
Pendedahan itu akan memberikan tekanan kepada Germanwings untuk menjelaskan mengapa pesawat itu dibenarkan untuk terbang.
Pemeriksaan keselamatan segera kini sedang dijalankan ke atas pesawat A320 yang lain, yang popular dengan syarikat penerbangan bajet.
Sementara itu, penumpang masih terkandas di lapangan terbang Heathrow, Stansted dan Manchester selepas beberapa krew Germanwings, termasuk juruterbang enggan bekerja berikutan kemalangan itu atas kebimbangan keselamatan.
Malam tadi, salah satu kotak hitam perakam penerbangan yang mungkin boleh menjawab punca nahas telah ditemui selepas 500 anggota pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi nahas di perkampungan terpencil.
Gambar di lokasi kemalangan menunjukkan serpihan, tanpa ada satu pun kepingan bersaiz lebih besar daripada sebuah kereta kecil dan bangkai bertaburan di atas kawasan pergunungan suram di kawasan yang dikatakan berukuran lebih dari satu batu persegi.