Polis menolak dakwaan pembangkang kononnya penayangan video perhimpunan haram oleh polis 21 Julai lalu, hanya menonjolkan sebahagian sahaja perhimpunan 9 Julai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata tayangan video itu menonjolkan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian, berdasarkan fakta.
Katanya dalam konteks ini, beliau sedar apa juga yang polis lakukan untuk menjelaskan kejadian sebenar, pasti menerima tentangan pihak yang enggan menerima fakta.