PAS tetap akan membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya tidak takut sebarang tindakan mana-mana parti termasuk dari pakatan pembangkang sekali pun.
“Seperti yang dikatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai pendirian PAS baru-baru ini, maka ia bersamaan dengan pendirian saya.
“Saya akan bentang juga. Pasal masa depan pakatan pembangkang, saya tidak boleh komen kerana ia masa depan,” katanya yang ditemui di Parlimen di sini sebentar tadi.