Hanya 768 majikan dari sejumlah 53,133 yang diperiksa di seluruh negara gagal mematuhi dasar gaji minima RM900 kepada pekerja mereka di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Mutallib berkata, sejumlah 52,365 majikan atau 99 Timbalan Menteri Sumber Manusia, peratus majikan telah mematuhi dasar kerajaan sehingga April lalu walaupun pada awalnya isu gaji minima heboh diperkatakan.
Hampir 2 juta pekerja katanya terbabit dasar gaji minima dan kerajaan menetapkan supaya dilakukan kajian semula gaji setiap dua tahun kerana prihatin peningkatan kos sara hidup rakyat.
Menurutnya, aspek penguatkuasaan adalah sebahagian inisiatif Strategi Lautan Biru meningkatkan jumlah pekerja mahir yang sekaligus meningkatkan pendapatan isi rumah dalam negara.
Kerajaan menyasarkan 7 juta bilangan tenaga kerja mahir menjelang 2020 dari sejumlah 14 juta tenaga kerja di Malaysia katanya menjawap soalan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berhubung inisiatif kerajaan dalam memastikan sasaran pendapatan isirumah US$15,000 tercapai pada 2020.
Menelusuri sasaran itu, gaji minima katanya, bukan pendekatan tunggal kerajaan sebaliknya turut mengutamakan nilai kerja melalui inovasi dan kreativiti serta menambah penggunaan automasi bagi meningkatkan produktiviti.
Kerajaan juga giat menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik yang dapat menyumbang kepada asepk bidang kerja bernilai tinggi yang sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir yang menyumbang kepada keadaan gaji rendah.