Tempe sepanjang 100 meter memeriahkan kempen gaya hidup sihat yang dilancarkan Indonesia dan ia diterjemahkan menerusi usaha pengusaha makanan itu di Umbulharjo, Yokyakarta di sini.
Pembuatan tempe itu melibatkan kos sebanyak RM1juta (RM277) dan mengambil masal lima hari, selain mengupah 100 orang untuk mengeluarkan makanan itu dari kilang dan dipamerkan kepada orang ramai di bandar ini.
Kata Tumino, dia pada mulanya mahu memotong tempe itu seperti kebiasaannya sebelum menjualnya dipasar.
“Tetapi saya mengubah fikiran dan berhasrat mempamerkan tempe itu kepada penduduk di sini.
“Walaupun agak sukar membalutnya kerana panjang tetapi kami berjaya membawanya keluar,” katanya yang berhasrat memecahkan rekodnya dalam masa terdekat.
Selepas dipamerkan, tempe itu dijual pada harga Rp15,000 (RM4.16) semeter.