Kelewatan projek pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir di Kelantan tahun lalu berpunca daripada proses pengambilan tanah yang memakan masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Bagaimanapun masalah itu telah pun diselesaikan dan Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri akan membina rumah-rumah kekal untuk mangsa banjir agar mereka dapat menduduki kediaman baharu dengan kadar segera,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.