Dua lagi gempa bumi lemah berpusat di Ranau direkodkan pada jam 6.29 dan 6.39 petang tadi, masing-masing 2.6 dan 3.0 pada skala Richter.
Ia menyusul selepas gegaran dengan kekuatan 4.3 pada skala Richter yang turut dirasai sehingga ke Kota Kinabalu jam 5.33 petang tadi.
Jam 10.54 pagi tadi, gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter direkodkan hingga mengakibatkan siling perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali di Ranau runtuh.