MEDAN – Ketua Staf TNI Angkatan Udara (KSAU) Marsekal TNI Agus Supratna menegaskan, jumlah penumpang pesawat Hercules C-130 milik TNI AU dengan nombor pendaftaran A1310 yang jatuh di atas kawasan perumahan berjumlah 113 orang.
“Jumlah seluruhnya ada 113 orang, terdiri dari 101 penumpang awam dan 12 kru pesawat,” katanya.
Menurut KSAU, penumpang awam yang berada didalam pesawat itu merupakan anggota keluarga TNI AU yang hendak menuju kampung mereka di Tanjung Pinang.
“Semua penumpang awam itu adalah anggota keluarga anggota yang hendak melaksanakan ibadah Ramadan di Tanjung Pinang,”.
Menurut beliau, meskipun pesawat tersebut disahkan layak terbang setelah di uji. Namun, pihaknya tetap menyiasat penyebab terjadinya kemalangan tersebut.
“Siasatan akan kita lakukan. Namun, kerana kru pesawat belum ada yang ditemui dalam keadaan hidup. Maka, siasatan kita lakukan berdasarkan pengalaman-pengalaman kita,” ujar beliau.
Hingga saat ini proses evakuasi bangkai pesawat masih terus dilakukan. Jumlah korban yang telah ditemui setakat ini berjumlah 48 orang.
Jumlah mangsa yang korban termasuk penduduk di kawasan kejadian belum dapat di kenalpasti karena masih tahap pencarian.
Pesawat Hercules C-130 A1310 milik TNI AU terhempas di Jalan Letjen Jamin Ginting, Padang Bulan, Medan, Sumatera Utara setelah dua minit berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo, Kota Medan pada pukul 11.48 pagi waktu tempatan.
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.
Menurut saksi, pesawat itu meletup sebelum terhempas dan sebahagian badan pesawat menimpa beberapa buah bangunan rumah kedai termasuk bangunan bernama BS Okup iaitu sebuah pusat perubatan tradisional.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan dan dipercayai masih ramai mangsa orang awam yang terkorban akibat dihempap runtuhan bangunan atau badan pesawat itu.