BERITABaling babi dalam masjid : Lelaki di penjara 3 bulan

Baling babi dalam masjid : Lelaki di penjara 3 bulan

Baling babi dalam masjid : Lelaki di penjara 3 bulan

Butterworth: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas lelaki berusia 40 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air, Butterworth, 6 Februari lalu.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh Lee Tian Chong, 41, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan fakta kes, Tian Chong didakwa dengan sengaja telah mencemarkan rumah ibadah orang Islam dengan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan masjid berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mengaibkan agama dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami