Ajal kereta terbabas dalam tali air

Ajal kereta terbabas dalam tali air

kereta-terbabas-dalam-tali-air

Jitra: Wanita berusia 26 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pokok sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Sungai Korok, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.20 pagi itu, mangsa Norshuhada Mansor memandu kereta berseorangan dari arah Sungai Korok menghala ke Pekan Jitra hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, akibat rempuhan itu kereta mangsa terputus dua dan terjunam ke dalam tali air.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit meninggal dunia di tempat kejadian.

€œMayat dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

YPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB – Asyraf Wajdi

[VIDEO] Tragedi bas pelajar UPSI di Gerik: 15 maut, puluhan cedera

Lima maut nahas dua kenderaan di Jerantut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami