BANGKOK: Sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 25 cedera dalam letupan besar di tengah Bangkok petang tadi.
Polis Thailand berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat pelancong asing yang turut tercedera dalam letupan itu.
Wartawan berita tempatan, Thai PBS pula melaporkan melihat sekurang-kurangnya 12 mayat berada di tempat kejadian.
Letupan itu berlaku di persimpangan Rajprasong, berhadapan dengan Kuil Erawan, pusat tumpuan pelancongan penduduk setempat dan pelancong asing.