Seratus kotak mengandungi 2,040 botol disyaki kicap tiruan dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kajang di kilang di Taman Tayton View di sini, hari ini.
Pemeriksaan dijalankan kira-kira 10 pagi hingga 2 petang itu mendapati kicap terbabit menggunakan logo jenama yang dipercayai tiruan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kajang, Nurmasuari Noordin berkata, pihaknya menerima aduan awam berkaitan kegiatan menjual kicap tiruan itu.
“Seorang penjaga premis dan dua pekerja berusia lingkungan 20-an hingga 40-an di kilang terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati kicap tiruan itu dijual dengan harga lebih rendah iaitu kurang RM3 hingga RM4 daripada harga pasaran,” katanya.