Tidak Berlaku Jerebu Kuning - JAS

Tidak Berlaku Jerebu Kuning – JAS

jerubu-kuala lumpur

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Selasa menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning’ seperti yang tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan di sini Selasa, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

“Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

“Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning,” menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama – habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Malaysia berdepan jerebu bermula hari ini

Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Sekolah ditutup lagi esok Rabu

Jerebu: Sekolah Kawasan Terjejas Tutup Isnin

Jerebu: Operasi Pembenihan Awan Dijalankan Setiap Hari

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami