ALOR SETAR – Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, 62 atau dikenali sebagai Ummu Jah dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.45 malam tadi di Kedah Medical Centre (KMC) di sini.
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Setar berkata, difahamkan jenazah dibawa untuk disembahyangkan di Masjid Mustaqim Bandar Darul Aman dekat sini dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang, esok pagi.
Allahyarhamah dipercayai mengalami kematian otak sejak Khamis lalu dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.