Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia dilaporkan terhempas di Sinai, wilayah tengah Mesir hari ini selepas hilang daripada radar di ruang udara Cypriot.
Menurut agensi berita RIA, pesawat jenis Airbus A-321 yang dalam penerbangan dari kawasan percutian Mesir, Sharm el-Sheikh ke bandar Rusia, St. Petersburg, membawa 224 orang termasuk penumpang dan krew.
Bagaimanapun nasib kesemua penumpang dan anak kapal masih belum diketahui.