Pengguna Celcom telah mengalami masalah pada rangkaian untuk beberapa jam lalu. Tidak diketahui punca yang menyebabkan masalah, tetapi ianya dialami oleh pengguna seluruh Semenanjung Malaysia.
Masalah rangkaian bermula pada 1 tengah hari, ramai pengguna Celcom memuatnaik ke Twitter untuk menyatakan masalah mereka berkaitan rangkaian.
Pengguna Celcom melaporkan bahawa mereka tidak dapat membuat apa-apa jenis sambungan data, walaupun sesetengah pengguna telah dapat menerima panggilan suara.
Celcom sendiri tidak memberikan sebarang maklumat mengenai masalah tersebut, mereka juga tidak memberikan maklumbalas kepada mesej dalam media sosial.