Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam tadi.
Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.
Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.
Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.
“Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam,” katanya.
Jalan alternatif:
User dr Pantai Timur nk ke KL…
1. Keluar TP Karak divert ke Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
2. Bentong -Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
User yg dh terlepas ke TP Bentong…
1. Uturn seblm TP Btg – Karak – Pelangai – Bahau – Seremban – KL
User dr KL…
Mn2 user yg dh terlepas sampai Lentang …
Uturn kt Hentian Rehat Lentang – KL – Seremban – Bahau – Pelangai – Karak – LPT1
Makluman tanah runtuh di KM 52.4 wb (Lentang – Bkt Tinggi) kesemua laluan terhalang trafik sesak kedua arah.
Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.
Hebahan telah dibuat di media sosial LLM dan makluman kepada radio.7.08pm KL-KARAK : Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke P’simpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke P’simpangn Genting Sempah
7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas
7.00pm KL-KARAK : Maklumat awal tanah runtuh di KM 52.4 (Lentang – Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik terhenti.
Jln masih tak blh d lalui. dan jentolak MTD mngha tmpat kejadian.
Makluman pada 11/11/15 @ 1845 hrs di km 52.5 lebuhraya KL ke Karak (kedua-dua hala) satu kejadian tanah runtuh telah berlaku menyebabkan kedua-dua arah jalan ditutup untuk semua kenderaan dan tidak melibatkan harta benda dan nyawa.
Jam 2000hrs jentera Jentolak MTD telah datang untuk pembersihan kawasan tersebut. Segala perkembangan akan di maklum tn.