Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.
1977: Mula dibuka kepada lalu lintas dan mempunyai dua plaza tol di Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang.
1985: Pada 23 Nov, berlaku tanah runtuh di KM33 menyebabkan laluan di kawasan itu ditutup.
1987: Pada 14 Dis, sebuah bas ekspres ditimpa runtuhan tanah di KM35 mennyebabkan bas itu merempuh penghadang keluli di tepi sebuah gaung. Kesemua 44 orang yang menaiki bas itu selamat.
1990: Pada 20 Dis, tanah runtuh berlaku di KM36 dan laluan ditutup akibat banjir setinggi satu meter.
1991: Pada 11 Nov, kejadian tanah runtuh besar di KM47.3. Bongkah-bongkah batu jatuh menyeberangi jalan raya menyebabkan Lebuhraya Karak ditutup dua hari. Tiada kecederaan dilaporkan.
1993: Pada 23 Nov, tanah runtuh di KM25.2 berlaku selepas hujan lebat. Laluan hubungan Kuala Lumpur dengan pantai timur hampir terputus. Tiada laporan kecederaan.
1993: Pada 28 Nov, tanah runtuh di KM63 menyebabkan dua penunggang motosikal terbunuh.
1995: Pada 30 Jun, tanah runtuh (limpahan takungan air puncak bukit) berlaku kira-kira 200 meter dari persimpangan Karak di jalan susur menghala ke Genting Highlands semasa hujan lebat. Pelbagai kenderaan terbabit menyebabkan 21 orang terbunuh dan 23 orang cedera.
2003: Pada 28 Ogos, lereng bukit setinggi 50 meter di KM41.7 dekat Bukit Tinggi runtuh menyebabkan kesesakan lalu lintas selama lima jam dari Bentong ke Kuala Lumpur. Tiada yang tercedera.
2004: Pada 1 Nov, tanah runtuh berlaku di KM52 dekat Bukit Tinggi, Bentong susulan hujan lebat selama tiga jam. Tiada kecederaan dilaporkan.
2004: Pada 3 Nov, tanah runtuh kecil berlaku di KM53.3 pada 9 malam. Tiada kecederaan dilaporkan.
2015: Pada 11 Nov, tanah runtuh (banjir lumpur) di KM52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi menyebabkan laluan ditutup. Tiada kecederaan dilaporkan.