Lebih 140 orang dipercayai maut dalam kejadian serangan serentak di beberapa lokasi di bandar raya ini pada Jumaat malam termasuk letupan di luar Stadium Nasional.
Menurut polis, kebanyakan korban berlaku di Dewan Konsert Bataclan di tengah bandar raya ini yang meragut lebih 100 nyawa penonton dan dua penyerang selepas mereka menawan tebusan.
Tindakan kumpulan bersenjata dan pengebom yang menyerang restoran, bar dan dewan konsert di beberapa lokasi itu menyebabkan Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat di kawasan Paris.
–