KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menghantar pegawainya ke Asia Barat, baru-baru ini untuk menemui penderma yang dikaitkan dengan dana politik RM2.6 bilion.
Pengarah Bahagian Siasatannya, Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
“Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan. Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan,” katanya ketika ditemui, di sini.