Kira-kira 300 penduduk di Kampung Jawa, Klang, Selangor membantah tindakan kerajaan negeri Selangor yang bercadang mahu merampas tanah perkampungan tradisional kaum India itu yang telah diduduki hampir separuh abad.
Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk membina jalan raya di kawasan tersebut dikhuatiri penduduk akan menyebabkan mereka kehilangan tanah.