BERITAPolis Tahan Lelaki Bakar Kereta Di RT Taman Jaya

Polis Tahan Lelaki Bakar Kereta Di RT Taman Jaya

Polis menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran enam buah kereta di tempat letak kereta di Taman Jaya, Petaling Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata polis akan memohon reman suspek lelaki berkenaan pada pagi ini.

“Suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan pada kira-kira pukul 11 malam tadi di sekitar Petaling Jaya,” katanya.

Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari semalam, enam buah kereta terbakar selepas suspek terbabit didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di tempat letak kereta di taman berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

LRT Tergelincir dekat Chan Sow Lin – Ramai rakyat mula risau gila, kerajaan kena jelaskan sekarang juga!

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami