Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendedahkan satu rahsia pertemuan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali dengan seorang ‘tokoh korporat dunia’ di Amerika Syarikat sebelum menjelangnya Pilihan Raya 2004.
Difahamkan ‘tokoh korporat dunia’ yang tidak dinamakan oleh Chegubard itu adalah Pengerusi Open Society Foundations (OSF/OSI), George Soros.
“Tanya Wan Azizah peristiwa dia dipanggil ke Amerika untuk bertemu seorang tokoh korporat dunia dan bertemu dengan Setiausaha Agong PBB ketika itu Koffi Annan ketika peringkat awal Anwar ditahan dan dibicarakan.
“Wan Azizah telah terbang bersama pembantunya diiringi antaranya Azmin Ali. Azmin menyusun ‘dibelakang’ dia menghubungi tokoh korporat ternama itu konon untuk dia bertemu dahulu.
“Permintaan dia ditolak dan tokoh korporat itu menghubungi Azizah menyatakan rasa tidak senang dengan cara Azmin. Azizah menegur Azmin.
“Soalnya kenapa nak jumpa tokoh korporat dunia itu berasingan ? Adakah mudah nak melakukan propaganda agar kawan – kawan Anwar menyalurkan bantuan melaluinya.
“Itu yang tidak berjaya, cuba kita teka berapa jumlah pula yang berjaya dia ‘wakilkan’ Anwar untuk menerima dana bantuan ?,” dedah Chegubard.
Pendedahan selanjutnya, sila baca artikel terbaharu Chegubard bertajuk “13 Disember buka mata ramai, ikatan Azmin – Mahathir begitu istimewa”
AIDCNews