Seramai 76,771 anggota lain-lain pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerima khabar gembira kerana bakal menikmati peningkatan tangga gaji hingga ke Band (gred) 5 berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut akan melibatkan peruntukan berjumlah RM58.89 juta.
“Kerajaan telah meluluskan penambahbaikan sistem Tred dan Band dalam ATM bagi memastikan kesemua anggota tanpa mengira kepakaran mempunyai kemahiran yang tinggi serta berpeluang mencapai peningkatan tangga gaji hingga ke Band 5.
“Kelulusan ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi peningkatan kepada gaji anggota, malah ia merupakan satu bentuk pengiktirafan kerajaan terhadap kepakaran yang dimiliki anggota tentera selama ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 kementerian itu di sini hari.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga meluluskan pemberian satu kenaikan band secara ‘one-off’ kepada anggota yang telah menamatkan perkhidmatan sejak 1 Januari 2013 bagi tujuan pengiraan faedah persaraan kepada anggota yang tidak boleh mencapai kenaikan ke Band 4 dan 5.
Beliau berkata, anggaran peruntukan bagi pemberian satu kenaikan tangga gaji itu ialah sebanyak RM56.62 juta.
“Saya amat gembira dengan kelulusan ini kerana ia akan meningkatkan gaji seterusnya memberi duit lebih untuk perbelanjaan anggota dan keluarga mereka, malah kelulusan ini juga memberi ruang dan peluang kepada anggota yang sebelum ini tidak mencapai Band 5 untuk meningkatkan lagi kepakaran mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, di bawah aspek perumahan pula, sebanyak 4,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) akan dibina di 11 lokasi seluruh negara dengan kos sebanyak RM1.2 bilion.
“Pelaksanaan program pembangunan perumahan untuk warga ATM bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan keselesaan warga ATM.
“Malah, kita juga memperuntukkan sebanyak RM18.35 juta tahun ini untuk Projek Senggaraan RKAT di seluruh negara,” katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, mulai 1 Februari lalu, tiada lagi anak-anak warga ATM pergi ke sekolah dengan menaiki trak, sebaliknya mereka diberi kemudahan menaiki bas sekolah yang lebih selesa.
“Kemudahan ini memberi manfaat kepada 11,725 anak-anak warga ATM yang dapat memberi jaminan dan keyakinan keselamatan kepada mereka, khususnya anggota yang terpaksa berjauhan dengan keluarga akibat tuntutan tugasan,” jelasnya.

Info gaji terkini ATM
MAKS BAND 4
PW I – RM 6,982.94
PW 2 – RM 6,585.37
SSJN – RM 5,647.39
SJN – RM 4,896.93
KPL – RM 4,210.53
LKPL – RM 3,634.87
PBT – RM 3,290.66
MAKS BAND 5
PW I – RM 7,182.94
PW 2 – RM 6,770.37
SSJN – RM 5,817.39
SJN – RM 5,046.93
KPL – RM 4,330.53
LKPL – RM 3,739.87
PBT – RM 3,390.66
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan:
PW I – RM 200
MAKS GAJI – RM 6,82.94 (B3)
PW 2 – RM 185
MAKS GAJI – RM 6,400.37 (B3)
SSJN – RM 170
MAKS GAJI – RM 5,477.39 (B3)
SJN – RM 150
MAKS GAJI – RM 4,746.93 (B3)
KPL – RM 120
MAKS GAJI – RM 4,090.53 (B3)
LKPL – RM 105
MAKS GAJI – RM 3,529.87 (B3)
PBT – RM 100
MAKS GAJI – RM 3,190.66 (B3)
PW I – RM 200
MAKS GAJI – RM 6,82.94 (B3)
PW 2 – RM 185
MAKS GAJI – RM 6,400.37 (B3)
SSJN – RM 170
MAKS GAJI – RM 5,477.39 (B3)
SJN – RM 150
MAKS GAJI – RM 4,746.93 (B3)
KPL – RM 120
MAKS GAJI – RM 4,090.53 (B3)
LKPL – RM 105
MAKS GAJI – RM 3,529.87 (B3)
PBT – RM 100
MAKS GAJI – RM 3,190.66 (B3)