Siapa sangka sebelum ini bahawa ini akan berlaku?
Berdasarkan harga minyak global, dengan penurunan harga petrol hari ini kepada RM1.60 seliter, menjadikannya lebih murah daripada Brunei – mungkin buat kali pertama dalam beberapa dekad.
Malah, Malaysia berada dikedudukan keenam paling murah di dunia hari ini jika negara-negara lain tidak menyelaraskan harga minyak mereka.
Tetapi tidak pasti pula semurah mana harga petrol yang diharapkan boleh memuaskan hati Rafizi dan puak pembangkang.
Berdasarkan teori Lapijinomics, harga roti canai dan teh-tarik akan turun hari ini.
Marilah kita sama-sama melihat harga di kedai mamak besok.
Ini menunjukkan Malaysia tidak lagi mengenakan cukai petrol seperti yang dilaksanakan oleh Mahathir pada tahun 80-an, 90-an dan awal 2000-an.
Bagaimanapun, jika trend ini berterusan, Kerajaan perlu memastikan penguatkuasa sempadan sekitar sempadan Brunei-Sarawak untuk berhati-hati dengan pemandu Brunei yang datang ke sini untuk mengambil kesempatan daripada harga minyak yang murah – juga di sempadan Johor dan Singapura.
http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/
Berdasarkan zombie-teori, mereka akan mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh konspirasi kerajaan untuk mengalihkan isu Mahathir isytihar keluar dari UMNO (yang sebenarnya bukan isu besar sekarang ini dan tidak mendapat perhatian) atau dikaitkan dengan pilihan raya Negeri Sarawak.
Tetapi sebenarnya, ia adalah kerana Kerajaan kini menetapkan harga mengikut harga pasaran dunia dan berdasarkan kadar pertukaran Ringgit yang mengukuh. Kerajaan tidak mengenakan cukai atau meletakkan harga lantai terhadap harga minyak.
Pada pandangan saya, Kerajaan patut mengenakan cukai minyak sekarang untuk memungut dana bagi membantu mengimbangi harga petrol keparas rendah apabila suatu hari nanti pasti akan meningkat dan juga untuk mengelak harga petrol yang begitu murah akan menggalakkan pembaziran dan penyeludupan.