Imam Muda Ammar yang dikritik netizen kerana isu vaksin baru-baru ini mengambil keputusan untuk membuang gelaran Imam Muda yang dipegang sebelum ini.
Ammar turut menukar nama akaun Facebook miliknya daripada Imam Muda Ammar kepada Hamba Berdosa.
Menerusi status terbaharunya, Ammar Wan Harun, 32, sekali lagi tampil untuk meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan oleh dirinya sendiri.
Dia menyatakan bahawa tulisan sindiran itu timbul kerana perasaan marah disebabkan tulisan yang menyatakan kehebatan vaksin seolah-olah menafikan kuasa Allah.
Baginya, tujuan sebenarnya bukanlah untuk menyokong kumpulan anti vaksin atau sebaliknya kerana dia sendiri membenarkan anaknya untuk diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran.
Ammar sebelum ini dikritik hebat kerana statusnya yang mengaitkan isu agama dengan kanak-kanak yang diberikan vaksin.
Dia juga merupakan peserta program realiti Imam Muda musim kedua pada 2011 yang menyaksikan Imam Muda Hassan menjadi juar
Contoh #Valak_the_Antivaccine. ?
#TheConjuring
Posted by Abdul Rahman Abdul Kadir on Wednesday, June 22, 2016