UtamaNASIONALTingkatkan Semangat Patriotisme, Sanggup...

Tingkatkan Semangat Patriotisme, Sanggup Berkorban Untuk Negara, Titah Agong - pakdin.my

BANGGA.... PW 1 (B) Temenggong Kanang anak Langkau (depan) bersama barisan pahlawan tentera vateren Sarawak yang telah menerima Panglima Gagah Berani (P.G.B) diberi penghargaan sempena istiadat sambutan Hari Pahlawan di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, Ahad. Kanang yang dilahirkan pada 1945 dan menyertai 'Sarawak Rangers' sebagai 'Iban Trackers' pada 21 April 1962 itu merupakan satu-satunya penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) iaitu anugerah tertinggi persekutuan dan keberanian di dalam negara yang masih hidup hingga sekarang

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Baginda bertitah semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.

“Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara). Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan mereka,” titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka di sini, Ahad.

Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan.

“Beta sangat bersyukur kerana kerajaan Beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah, pada waktu yang sama, kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada anggota keluarga para pahlawan termasuklah anak-anak dan isteri.

“Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan,” titah baginda.

Kepada para pahlawan yang telah hilang upaya serta sanak saudara pahlawan yang telah kehilangan tempat bergantung, baginda berharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.

“Beta sentiasa berdoa agar Allah S.W.T memberikan rahmah dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka. Kepada para pahlawan yang telah gugur atau terkorban, marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T agar mencucuri rahmat dan memberi ganjaran pahala di atas pengorbanan mereka”.

Tuanku Mizan juga bertitah agar para pahlawan yang masih berkhidmat meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka cukup tinggi.

“Sebagai perisai dan pedang negara, jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian,” titah Seri Paduka.

Baginda juga berharap agar setiap anggota pasukan keselamatan negara tetap meneruskan perjuangan untuk memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara.

“Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang unik dengan sifatnya yang berbilang kaum akan mampu menunjukkan jalan ke hadapan serta memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keamanan dunia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s