30 April 2013, Utusan Malaysia, Mahathir berkata DAP adalah parti rasis yang mewakili kaum Cina. Mahathir pada waktu itu melabel Kit Siang dan Karpal sebagai chauvinis dan rasis.
Masa itu, Mahathir kata siapa yang keluar kerajaan dan kemudian bertanding atas parti lawan adalah golongan “manusia kecewa”.
“Mereka marah masa dalam kerajaan tidak naik pangkat, tidak naik gaji dan masuk pilihan raya. Inilah manusia tamak, mahu lepaskan geram dan berdendam. Golongan ini punyai pemikiran yang cetek dan harus ditolak” kata Mahathir di hadapan 1,000 orang di Kampung Padang Jual, Johol, 29 April 2013.
Sekarang ini siapa yang kecewa dan berdendam? Siapa yang harus digelar “manusia kecewa”? Ayat Mahathir itu kini memakan dirinya sendiri kembali.
Mahathir berkata Kit Siang sebagai “number one racist” ketika berucap di Permatang Pauh pada 4 Mei 2013.
“DAP adalah rasis dan parti chauvinis. Kit Siang adalah orang nombor satu paling rasis” kata Mahathir.
Kini siapa yang anggap Kit Siang sebagai sahabat sebantal dia dalam politik. Duduk semeja, kongsi satu pentas ceramah dan berkongsi ideologi pembangkang yang sama untuk menjatuhkan kerajaan BN.
11 Ogos 2016, pada awalnya Pemuda DAP menolak untuk kerjasama dengan Parti Mahathir iaitu Pribumi kerana menganggap parti itu sebagai rasis.
“Dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus digunapakai lagi” Chiong Yoke Kong, Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan.
Pemuda DAP sudah anggap Parti Pribumi juga sebagai rasis. Mereka menolak parti ciptaan Mahathir.
2 hari selepas itu, Kit Siang menolak idea rasis yang dilabel oleh Dapsy. Kit Siang umumkan bahawa Parti Pribumi adalah “game changer” untuk pakatan pembangkang.
Kit Siang harapkan Pribumi dapat memenangi 40% undi Melayu hingga memungkinkan pakatan pembangkang mentadbir Putrajaya. Ini bermakna Kit Siang sudah iktiraf Pribumi sebagai rakan parti pakatan pembangkang yang baru.
Biarpun Dapsy menolak pada awalnya, tetapi Kit Siang sudah boleh menerima Mahathir. Mereka sudah “cium mulut” untuk berpakat bersama sama dalam pakatan pembangkang.
Semalam (21 Ogos 2016), Malaysiakini, Muhyiddin sudah memaafkan semua dosa dosa lampau parti yang dulu digelarnya chauvinis dan rasis.
“Kita perlu selesaikan apa saja perbezaan yang ada. Kita boleh duduk (dan berbincang)” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan akhbar. Hadir sama dalam kenyataan akhbar itu adalah Mahathir dan anaknya, Mukhriz.
Pribumi sudah mula berunding dengan PKR dan DAP tentang pembahagian kerusi. Nampaknya Pribumi tidak dapat elak daripada mengambil dan merampas kerusi tradisi PKR dan DAP. Konflik dan huru hara pasti akan berlaku.
“Tindakan Mahathir dan Muhyiddin bersepakat dengan pembangkang dilihat oleh UMNO sebagai satu kesilapan besar” kata Datuk Seri Najib pada 6 Mac 2016.
Datuk Seri Najib ulangi lagi tindakan silap Mahathir yang berpakat dengan DAP itu pada 19 Mac 2016.
“22 tahun kutuk DAP..kata Kit Siang rasis.. kata DAP parti chauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan ucapan dia (Mahathir)”
“Ini bukan saya kata, Mahathir yang sendiri kata selama 22 tahun… hari ini dia duduk sebelah siapa, dia sign deklarasi rakyat dengan siapa” kata Datuk Seri Najib.
Rakyat sudah menilai kini parti mana sebenarnya yang boleh dipercayai untuk kesinambungan pemerintahan negara. Rakyat perlu menolak golongan “manusia kecewa”.
Dulu mereka menuduh satu sama lain dengan ayat ayat “rasis dan chauvinis”, hari ini mereka “cium mulut” sekali atas pentas. Bolehkah dipercayai pakatan pembangkang yang sebegini?
Bahaya mempertaruhkan nasib pada parti yang rapuh sebegitu. Esok lusa mereka akan bertikam lagi. Mereka bukan seperti BN. Ada logo dan perlembagaan berasingan. Tiada pernikahan sah sesama DAP, PKR, PAN dan Pribumi.
Yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita jika kita tersalah buat pilihan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB13, Isnin
22 Ogos 2016