Kurang 24 jam sebelum perhimpunan untuk mendesak supaya tangkap individu yang digelar Malaysian Official 1 (MO1) berlangsung di ibu negara, sehingga kini tidak ada lagi pemimpin pembangkang yang membuat kenyataan bahawa parti mereka akan menyertai program berkenaan.
Mereka sudah gagal sebelum berdemo lagi. Minggu lepas kempen hashtag #tangkapMO1 di Twitter tidak menjadi. Rakyat lebih suka layan cerita sukan.
Di Twitter, hingga hari ini, kurang 24 jam dari acara demo, sambutannya amatlah teruk sekali. Hanya macai macai pembangkang sahaja yang layan demo ini.
Pemimpin Parti PAN, PKR dan DAP sehingga kini masih membisu adakah pihak mereka akan menyertai perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka.
Bolehlah dikatakan pemimpin pembangkang nampaknya memboikot penganjuran perhimpunan ini dan mereka berasa bahawa ia tidak akan dapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran yang ramai.
Perhimpunan ini dianjurkan oleh sekumpulan anak muda yang anti-kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Gabungan #TangkapMO1″ dengan jurucakap penganjurnya ialah Anis Syafiqah Md Yusof.
Biasanya, dalam perhimpunan sebegini, DAP merupakan antara parti yang paling kuat dan begitu teruja untuk sama-sama hadir dan menyertainya tetapi mereka juga masih membisu sampai ke hari ini.
Siri siri demo pembangkang sudah gagal sejak PAS bukan lagi berada dalam pakatan tersebut.
Selain itu, para pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan juga masih belum membuat kenyataan rasmi adakah mereka akan menghadiri perhimpunan itu atau sebaliknya.
Biasanya, para pemimpin ini membuat pemerhatian akan sambutan kehadiran peserta sebelum membuat keputusan akan hadir.
Difahamkan, pihak penganjur sendiri tidak berani meletakkan jumlah sasaran kehadiran dalam himpunan itu menjangkakan kira-kira 1,500 orang yang akan hadir.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun masih belum membuat keputusan akan hadir pada perhimpunan itu seperti yang beliau lakukan pada perhimpunan Bersih 4 apabila hadir ke lokasi himpunan pada saat-saat akhir.
Akibat terdesak mencari peserta, pihak penganjur terpaksa menganjurkan beberapa siri ceramah beberapa hari sebelum program untuk menghasut orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu yang dijadualkan bermula pukul 2 petang.
Para peserta dijangkakan akan berkumpul di Padang Merbok dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.
Difahamkan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.
Disebabkan itulah esok lokasi demo bertukar ke Padang Merbok.