Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini memperkenalkan pelan Xpax Turbo dengan Internet percuma sehingga 10GB dan data percuma bagi aplikasi Facebook dan Youtube setiap bulan.
Xpax Turbo menawarkan pelan Internet prabayar pada harga RM10 bersama data 1.5GB dan pelan mingguan RM10 yang memberi kelebihan menonton video dalam talian dengan lebih pantas pada waktu malam.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Xpax Turbo adalah pakej komprehensif dan memberi pelanggan akses kepada perkhidmatan Internet prabayar dengan tawaran serendah RM5.
Melalui Xpax Turbo, pihak Celcom menawarkan Internet Burung Hantu sebanyak 10GB (333MB setiap hari). Seperti sebelum ini, Internet Burung Hantu mengehadkan penggunaan internet berkelajuan tinggi daripada pukul 1 pagi hingga 7 pagi.
“Untuk menikmati lebih kuota Internet, pelanggan boleh melanggan satu daripada lima pilihan pelan Internet yang dilengkapi dengan kuota data percuma bagi Facebook dan YouTube pada harga RM5 hingga RM80,” katanya pada majlis pelancaran Xpax Turbo di sini, hari ini.
- Data sebanyak 200MB + 100MB Facebook untuk RM5 (3 hari)
- 600MB + 600MB Facebook + 300MB untuk Youtube pada harga RM10 (7 hari)
- 2GB + 1GB Facebook + 1GB untuk Youtube pada harga RM30 (30 hari)
- 5GB + 2GB Facebook + 2GB untuk Youtube pada harga RM50 (30 hari)
- 9GB + 3GB Facebook + 3GB untuk Youtube pada harga RM80 (30 hari)
Antara lima pelan yang ditawarkan adalah pelan tiga hari untuk RM5 (300MB), manakala pelan bulanan RM30 (4GB), RM50 (9GB) dan RM80 (15GB).
Pelanggan akan mendapat harga pengenalan secara percuma dan data 200MB berkelajuan tinggi, kredit pramuat RM6 dan kadar panggilan 24 sen setiap minit.