“Seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat tetapi semasa dalam proses itu Anwar juga melakukan onani terhadap lelaki itu” kata Mahathir sambil mengerutkan mukanya pada 22 September 2016, sumber Bernama.
Semalam, 5 September 2016, di mahkamah, Mahathir datang menemui Anwar sambil berpegang tangan dan tersenyum gembira. Salam yang dihulur Mahathir seolah tanda kerjasama.
Sekitar tahun 1998 sehingga 2001, Tun Dr Mahathir dengan penuh yakin mendakwa, seluruh negara wajar menolak Anwar Ibrahim kerana dakwanya, Anwar bukanlah seorang yang bermoral.
“Saya dibenci dan dihina pembangkang bukan kerana saya Mahathir, tetapi kerana saya Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Satu hari nanti bila saya lepas semua jawatan, mereka akan berhenti membenci dan menyebarkan propaganda buruk terhadap saya.
Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada masa itu pula akan menerima layanan seperti saya” ini kata Mahathir pada tahun 1999.
Kenapa Mahathir tahu ia akan berlaku? Sebab Mahathir sendirilah orangnya yang mengepalai gerakan membenci dan menyebar cerita propaganda terhadap Perdana Menteri sekarang.
Dulu peliwat yang dibenci Mahathir itulah yang berhimpun ribuan orang di Masjid Negara dan Dataran mengutuk Mahathir. Malah Mahathir dianggap sebagai Firaun ketika itu dengan gelaran “Mahafiraun”.
Lebih teruk dan keji lagi, Mahathir kini berkerjasama dengan orang yang dipanggilnya peliwat.
Beliau mengatakan bahawa Anwar merupakan seorang kaki liwat yang langsung tiada tempat dikalangan masyarakat serta bakal merosakkan masa depan negara.
Itu dulu, kini Mahathir menyandarkan masa depan parti Pribuminya dengan mengharapkan bantuan dari banduan kesalahan liwat.
Selepas keluar penjara 2004, Anwar sekali lagi dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan liwat dan kali ini, Saiful Bukhari Azlan jadi mangsanya.
Apakah sebenarnya yang berlaku dahulu antara Mahathir dengan Anwar? Ianya satu konspirasi atau apa?
Suara Keadilan, 9 April 2013 pernah melaporkan Datuk Omar Abu Bakar, bekas Pegawai Khas Mahathir pernah membuat pengakuan merancang konspirasi penjarakan Anwar semasa zaman Mahathir.
Semalam, orang yang Anwar panggil dan sumpah sebagai Mahafiraun di jalanan datang mahu bekerjasama dengan Anwar kembali.
Ia menampakkan betapa Mahathir cukup terdesak untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dengan apa cara sekalipun.
Semalam, diperkarangan Mahkamah Tinggi, Mahathir hadir untuk memberi sokongan moral terhadap Anwar terhadap permohonan pembatalan Akta MKN.
Kehadiran Mahathir ini bolehlah diibaratkan sebagai langkah terdesak beliau sehingga sanggup menjilat kembali kata katanya untuk kembali bekerjasama dengan orang yang dipanggilnya peliwat.
Genggaman erat tangan Mahathir dan Anwar jelas menampakkan, mereka sudah mencapai kata sepakat untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib.
Tindakan ini bukan sahaja agak mengejutkan, tetapi ianya turut memberi tamparan hebat kepada mereka yang masih memegang setiap tutur katanya yang melabelkan Anwar sebagai seorang peliwat tegar dan individu yang langsung tidak boleh dipercayai.
Tidak salah bila Zainuddin Maidin menggelar Mahathir sebagai “political animal”. Otai Reformasi juga sedang maki hamun Mahathir dan Anwar.
Benarlah ungkapan ini, dalam politik, apa sahaja boleh berlaku.
Dengan Kit Siang yang digelar rasis no. 1, Mahathir sudah kerjasama. Dengan Anwar yang dipanggil peliwat juga Mahathir telah kerjasama.
Mahathir sudah buntu dan “desperate”. Umpama orang yang sedang lemas di lautan, apa saja akan dicapainya untuk selamatkan diri, termasuklah taik dan segala kekotoran yang ada. Demi kepentingan kroni yang sedang lemas, Mahathir sanggup capai apa sahaja.