Kedudukan PKR di Sabah dikatakan sedang bergolak susulan dilaporkan seorang pemimpin utama dan beberapa cabang PKR negeri tersebut bertindak keluar parti dan menyertai parti baharu.
Menurut laporan, pemimpin tersebut bersama 18 lagi cabang PKR di Sabah sudah menghantar surat letak jawatan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya, 22 September lalu.
Malah, dikatakan pemimpin itu juga akan membuat pengumuman pada hari ini di Kota Kinabalu.
Khabar angin mengatakan pemimpin PKR itu akan mengumumkan penyertaan bersama parti serpihan baharu yang ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengisytiharkan diri keluar UMNO juga melakukan tindakan sama iaitu mengambil alih parti yang sedia.
Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, Barisan Nasional memenangi 48 kerusi Dun daripada 60 yang dipertandingkan, PKR 7, DAP 4 dan satu kerusi Star.
Bagi Parlimen, BN memenangi 21 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan, DAP 2 dan satu kerusi dimenangi PKR dan Bebas.